KUALA LUMPUR – Walaupun penerbit buku kontroversi telah memohon maaf, Wirawati Putra Malaysia tetap mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegas kerana perbuatan menghina Jata Negara tidak boleh diterima rakyat.
Ketuanya, Dr. Asmah Razalli menegaskan, maruah dan kedaulatan negara tidak sesekali boleh dijadikan bahan jenaka oleh pihak tidak bertanggungjawab yang tiada sifat taat setia kepada negara sendiri.
Beliau bagaimanapun, memuji tindakan pantas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis menyiasat isu Jata Negara diubahsuai serta disalahguna oleh sebuah syarikat penerbitan.
Katanya, tindakan undang-undang dan hukuman berat perlu dikenakan ke atas mereka yang terang terangan menghina Jata Negara dengan alasan tidak tahu atau dijadikan bahan jenaka.
“Hukuman berat dan tindakan undang-undang ini wajar sebagai peringatan kepada mana-mana warga negara mahupun pemimpin politik supaya tidak sekali-kali berani memperlekehkan kehormatan serta maruah negara.
“Setiap lambang dalam Jata Negara mempunyai maksud representasi sistem Raja Berperlembagaan dan Negeri-Negeri di Malaysia. Ianya bukan untuk dijadikan bahan gurauan murah oleh pengkhianat,” katanya dalam kenyataan kepada media.
Hari ini, media melaporkan, pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin memohon maaf berhubung pengubahsuaian Jata Negara pada penghias muka depan buku, “Rebirth: Reformasi, Resistance, Anda Hope In New Malaysia” itu.
Ulasnya, mereka memang tidak sengaja mahu menghina atau menyinggung perasaan rakyat Malaysia.
Menurut Dr. Asmah, alasan itu sangat dangkal dan tidak boleh diterima sama sekali kerana ia menyebarkan fahaman tidak baik serta cubaan menghasut rakyat.
Kata beliau, sudah sampai masanya Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri dipertimbangkan semula supaya tiada lagi warga negara berani membuat jenaka terhadap kedaulatan negara.
Sementara itu, Naib Ketua Wiranita Putra, Ros Hanita Mohd Basir melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan sikap segelintir individu cuba meminda lambang Jata Negara.
Ujar beliau, KDN mesti mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit, walaupun telah memohon maaf.
“Perbuatan itu telah menghina lambang rasmi kedaulatan Malaysia dan negara khususnya serta Akta Hasutan boleh dikenakan kerana sengaja menimbulkan ketegangan kaum dengan meniup api kemarahan antara kaum.
“Mereka tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan wajar mengharamkan serta merampas segera buku itu yang kini sudah berada di pasaran,” katanya. – MalaysiaGazette
Mesti diambil tindakan. Kalau tak nanti jangan salahkan orang lain remehkan pula simbol2 tokong dan kuil.
Mesti diambil tindakan. Kalau tak nanti jangan salahkan orang lain remehkan pula simbol2 tokong dan kuil.
Jangan serbu penerbit buku je… penulis dia kean wong juga wajib di lucut kewarganegaraan… KDN amacam? ada brani ka…
Sokong covid 2020…
Dari dulu hingga kini dan selamanya diperhatikan tak habishabis isyu tersangat panas ini timbul. Inilah akibatnya undangundang sedia ada tidak tegas. Dalam kes ini jangaRakyat n ada compromi terus diambil tindakan jangan lepas kedua-duanya penulis dan penerbit. Bila ada ketegasan lain kali siapapun gerun malah tak berani. Undang2 inilah yang menjamin keselamatan Rakyat Dan Negara. Langgar Undang2 adalah Langgar Rakyat Dan Langgar Negara.