Foto Evening Standard.

BRIGHTON, United Kingdom – Ole Gunnar Solskjaer percaya Manchester United layak ke slot Liga Juara-Juara musim depan selepas membelasah Brighton 3-0 di tempat awal pagi tadi.

Skuad kendalian Solskjaer kini dua mata di belakang pasukan tangga keempat Chelsea, yang akan menentang West Ham awal pagi esok dan tiga mata di belakang Leicester City di tempat ketiga.

United menampilkan satu daripada persembahan terbaik mereka pada musim ini di Stadium Amex yang dibantu aksi cemerlang Bru Fernandes.

Mason Greenwood membuka jaringan awal pada babak pertama dan Fernandes menggandakan kelebihan itu sebelum rehat.

Fernandes meledak sekali lagi selepas rehat dengan voli menarik ketika United mendaki kedudukan di atas Wolves menerusi perbezaan gol ke tangga kelima Liga Perdana. – MalaysiaGazette