Asyraf Wajdi Dasuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri kerana mendengar suara hati rakyat.

Ini berikutan tindakan pantas KDN melarang pengedaran dan penerbitan buku yang menghina Jata Negara yang merupakan lambang dan maruah kedaulatan negara.

“Harap selepas ini, lebih proaktif mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk penerbitan yang dianggap menghina dan meremehkan simbol-simbol dan perlambangan kedaulatan negara.

“Agak-agak kalau zaman Kerajaan PH dahulu, apakah tindakan pantas yang serupa berlaku atau tidak?” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Asyraf antara yang awal mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap penerbitan buku yang meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.

Artikel berkaitan: Kulit buku persenda Jata Negara

KDN dilaporkan telah mengharam kan pengedaran serta penerbitan buku tersebut berkuatkuasa semalam. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.