Gambar hiasan

SEOUL – Korea Selatan mengetatkan pelaksanaan penjarakan sosial bagi menangani berlaku gelombang kedua penyakit ini selepas 63 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan pada hari Khamis.

Kebanyakan kes daripada jangkitan domestik di luar Seoul.

Korea Selatan dipuji sebelum ini kerana berjaya mengawal penularan wabak Covid-19 yang pertama tetapi ekonomi keempat terbesar di Asia mengalami wabak yang berterusan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Kebanyakan kes jangkitan berlaku di ibu negara.

Buat pertama kalinya dalam hampir dua bulan, kes harian baharu dari bandar lain mengatasi kes di Seoul.

Bandar barat daya Gwangju telah mencatat lebih dari 50 kes sejak kebelakangan ini menyebabkan penangguhan operasi di kemudahan awam seperti perpustakaan awam dan muzium.

Manakala bandar Gwangju sudah meningkatkan garis panduan penjarakan sosialnya ke tahap kedua, menghadkan perhimpunan dalaman di bawah 50 orang sahaja dan perhimpunan luar ke bawah 100 orang,” kata Perdana Menteri Chung Sye-kyun.

Baru-baru ini pihak berkuasa kesihatan mengkategorikan peraturan penjarakan sosial dalam tiga peringkat – tahap 1 tidak berapa ketat dan tahap 3 lebih tegas, yang mana sekolah dan perniagaan diminta ditutup.

Lonjakan baru-baru ini berkaitan dengan kluster baharu dalam berbagai bidang, sehingga menyulitkan tinjauan epidemiologi.

Tetapi dengan jumlah kes yang masih dapat dikendalikan, kerajaan daerah masing-masing akan memutuskan auntuk menambah baik garis panduan masing-masing, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Kim Gang-lip pada taklimat.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes Covid-19 di Korea Selatan menjadi 12,967 dengan 282 kematian menjelang tengah malam Khamis. – MalaysiaGazette