PRK CHINI : PRK Melatih Jentera BN, Persediaan Hadapi PRU – Mohamad Hasan

Muafakat Nasional (MN) berpandangan bahawa keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini akan mencerminkan referendum kepada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), kelak.

Jelas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, sekiranya majoriti yang diperoleh calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain besar maka keputusan itu akan menjadi kayu pengukur kepada penerimaan kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.