KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki, Jamal Majini bagi membantu perbicaraan kes SPRM.

Jamal, 56, beralamat terakhir di No. 3152, Lorong B11, Taman Sibiew Indah, RPR Sibiew, 97000 Bintulu, Sarawak.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Jamal diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhammad Izwannuddin Garpar di talian 018-2308617 / 03-88700472 atau e-mel ke alamat [email protected]. – MalaysiaGazette