Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain meraikan kemenangan bersama barisan kepimpinan BN termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri ahmad Zahid Hamidi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.23 di Pusat Perjumlahan Undi, Institut Kemahiran Belia Negara Pekan, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 04 JULAI 2020

CHINI – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menerusi kemenangan calonnya, Mohd Sharim Md Zain, 41 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 12,650 undi.

Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK, Datuk Zaliza Zulkipli jam 9 malam tadi, Mohd Shamim diisytihar pemenang dengan memperoleh 13,872 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi pada 74 peratus dengan 239 undi ditolak.

Mohd Sharim menewaskan dua calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.

Mohd Shukri cuma memperoleh 137 sementara Zainul Hisham pula memperoleh 1,222 undi.

PRK Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Pada PRU14, beliau yang juga calon BN memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

PRK Chini adalah pilihan raya pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik Covid-19. -MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Thank God, PH is losing grip on the Malaysian politics. The people have realized that PH cannot be trusted. Politicians in PH are a bunch of liars and conspirators. PH is not interested in helping people. It is only interested in taking revenge on DSN and UMNO. PH cannot blame DSN, UMNO, PAS or even TSM for losing power. PH has defeated itself. Mahathir made the the biggest mistake and miscalculation in his entire political career. His greed for power has sunken Mahathir and the rest of PH into the bottom of the ocean. They went down like the Titanic. God is great. Eventually He has shown who is great. Man has his own plan and God too has His plan. At the end, God’s plan prevails against all evil plans of man. That’s what happened to PH. Hope a bigger defeat awaits PH in the coming GE-15. May God bless MN and PN. May God save Malaysia and its beautiful people from evil leaders of PH, ameen!

  2. Lebih MOLEK sekiranya kemenangan ini diraikan secara sederhana bersama rakan2 MN yang lain. Ia lebih mencerminkan akraban dengan parti2 MN!

Comments are closed.