Sebanyak RM10.2 juta telah diagihkan oleh kerajaan Persekutuan bagi kemudahan peralatan perubatan untuk menangani kes kritikal Covid-19 di hospital kerajaan di Pahang.- Gambar hiasan.

WASHINGTON – Jumlah kes koronavirus global melebihi angka 11 juta pada Jumaat, demikian menurut kiraan yang dibuat oleh Reuters.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, jumlah kes adalah melebihi dua kali ganda rekod penyakit influenza teruk sebelum ini.

Amerika Syarikat merekodkan lebih 55,400 kes baharu Covid-19 pada Khamis, satu lagi rekod baharu harian dunia.

Ini menyebabkan beberapa Gabenor di AS menangguhkan rancangan untuk membuka semula ekonomi di negeri masing-masing bagi membendung penularan.

Di Amerika Latin, Brazil mencatatkan 1.5 juta kes, mewakili 23 peratus daripada jumlah orang yang dijangkiti di seluruh dunia manakala India pula menjadi pusat penularan terbaharu di Asia dengan peningkatan kepada 625,000 kes. – MalaysiaGazette