Kolonel Turki Al-Maliki.

KAHERAH – Perikatan ketenteraan yang diketuai Arab Saudi telah memintas dan memusnahkan empat buah dron yang membawa bahan letupan.

Dron yang dilancarkan oleh kumpulan militan Al Houthi menuju ke arah Arab Saudi.

Tiga daripada empat buah dron itu dimusnahkan di ruang udara Yaman, kata jurucakap perikatan itu, Kolonel Turki Al Maliki seperti dipetik Arab News.

“Angkatan tentera bersama menghadapi ancaman ini dan menggagalkannya dengan memantau dan memusnahkannya secara terus selepas mereka menembak dari dalam kawasan yang dikuasai militan (di Yaman), kata beliau kepada agensi berita, SPA

Ia merupakan siri serangan terbaharu Al Houthi yang menysarkan Arab Saudi. – Agensi