Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba foto SYAFIQ AMBAK, 29 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Media antarabangsa Al Jazeera didakwa menyiarkan laporan tidak betul apabila mengatakan Malaysia mengamalkan perkauman dalam menangani isu pendatangan asing tanpa izin (PATI) ketika wabak Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung perkara itu adalah selaras dengan Akta 342 iaitu langkah bagi menangani jangkitan virus maut tersebut dalam kalangan warga asing.

“Laporan Al-Jazeera bahawa ada berlaku perkauman sebenarnya adalah satu tuduhan yang tidak betul.

“Kita perlu pastikan semua yang dikesan melalui PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dapat kita saring dan kita asingkan. Itu sebenarnya matlamat kita,” katanya.

Menurut Adham lagi, kenyataan salah Al Jazeera itu perlu diperbetulkan melalui Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengetuai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

Sebelum ini, Al-Jazeera menerusi sebuah segmennya menerbitkan laporan video bertajuk ‘Dipenjara ketika Lockdown Malaysia: Kami menyiasat mengapa pandemik Covid-19 memaksa pekerja asing – tulang belakang ekonomi Malaysia – untuk bersembunyi’.

Menurut laporan itu, selama bertahun-tahun pekerja asing telah melakukan kerja berbahaya dan kotor untuk Malaysia.

Bagaimanapun, ketika pelaksanaan PKP, pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah terpaksa hidup dalam ketakutan di sini.

Tanpa pekerjaan mereka dipaksa hidup dalam kawasan yang sesak dan ada yang kelaparan dan bergantung kepada bantuan makanan.

Laporan itu turut mendakwa pihak berkuasa memasang dawai berduri di kawasan miskin di Kuala LUmpur dan membuat ujian ke atas warga asing, mengambil cap jari mereka dan menahan mereka yang tidak mempunyai dokumen sah. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Orang asing ni nak kita layan pendatang asing mcm warganegara ,hanya kerana mereka konon nya jadi tukang belakang pembangunan negara..cuba kat negara mereka,pendatang asing masuk dan buat negara mereka mcm negara mereka sendiri..yg ada dokumen imigresen tak kacau pun. Yg pendatang haram je..

  2. Berita palsu fake news akibat daripada anasir2 pengkhianat bangsa dalam negara seperti Heidy Quah yang menyebarkan berita2 palsu ke agensi2 media di luar negara. Pengkhianat2 ini juga mesti disiasat, bukan saja yang meremeh jata negara.

  3. kan atok madey dah cakap yg dia akan gunakan media asing yg di bayar utk mengucar-kacirkan Malaysia… so tak heran la lepas serawak report pun akan kenyang…

  4. Saman ja al jazera ni.. Menuduh tanpa usul periksa atau telah di sogok oleh sesetengah pihak untuk memburukkan pihak kerajaan…. Jangan tunggu lama2 SAMAN terus… Dan halang dr membuat laporan atau liputan di malaysia

Comments are closed.