Kanye West bersama Donald Trump.-Gambar AFP.

WASHINGTON – Penyanyi rap, Kanye West mengumumkan kemungkinan akan bertanding pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) kali ini.

“Kita perlu merealisasikan janji Amerika dengan mempercayai tuhan, menyatukan visi kami dan membina masa depan kami. Saya akan bertanding untuk jawatan presiden AS,” tulis West di Twitternya.

Tarikh akhir menjadi calon bebas belum tamat di kebanyakan negeri.

Beliau sebelum itu dilihat sebagai penyokong Presiden AS, Donald Trump dan pernah menemuinya di Rumah Putih.

Bagaimanapun niat suami kepada pelakon, Kim Kardashian masih diragui ramai kerana ramai berpendapat dia tidak serius dan bergurau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast