TERKINI : Kemenangan Yang Bermakna, Cubaan Letak ‘Proksi’ di PRK Chini Tak Berhasil – Annuar Musa

Langkah pihak tertentu yang cuba meletakkan calon ‘proksi’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini ternyata tidak berhasil. Ini kerana akhirnya pengundi di kawasan tersebut tetap memberi sokongan dengan memilih wakil rakyat mereka dari parti Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak berkenaan mungkin mahu menguji perpaduan dalam Muafakat Nasional namun pengundi di Chini tidak terkesan dengan semua itu.

Katanya, Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional (PN) telah berjaya dimanifestasikan dalam pilihan raya dan penerimaan rakyat terhadapnya adalah sangat baik.

2 Komen

  1. Mari mengail ikan sembilang
    Terlepas ikan ditumis lada
    Apalah malang keris bersilang
    Kekuatan ada tenaga tiada

    Terlepas ikan ditumis lada
    Hidup seperti tumbuhan lalang
    Kekuatan ada tenaga tiada
    Duduk mengharap ihsan orang

    Hidup seperti tumbuhan lalang
    Nampak subur hidup tak bererti
    Duduk mengharap ihsan orang
    Ada pemimpin pentingkan diri.

    Nampak subur hidup tak bererti
    Ditiup angin asyik mengelit
    Ada pemimpin pentingkan diri
    Demi jawatan habuan melangit

    Tetapi masih gah melaungkan slogan…. DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA!!!!

  2. Ikan sembilang ditumis berlada
    Nasi dimakan bersama petai
    Pemimpin yang gah melaung tiada
    ikhlas perjuangan akan terjuntai

Comments are closed.