Qasem Soleimani. foto Agensi

GENEVA – Serangan dron oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Jeneral Iran, Qassem Soleimani dan sembilan yang lain melanggar undang-undang antarabangsa.

AS telah gagal memberikan bukti yang cukup mengenai serangan yang dilakukan atau akan dilakukan untuk membenarkan serangan ke atas konvoi Soleimani dilakukan ketika rombongan tersebut meninggalkan lapangan terbang Baghdad, kata Agnes Callamard, pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kehakiman luar, eksekusi luar biasa, ringkasan atau tindakan sewenang-wenangnya.

Serangan itu melanggar Piagam PBB, menurut Callamard dalam sebuah laporan yang meminta pertanggungjawaban atas pembunuhan dengan menggunakan drone bersenjata.

“Dunia berada pada saat yang kritikal dan mungkin merupakan titik tolak apabila ia membabitkan penggunaan dron. … Majlis Keselamatan tidak bertindak; masyarakat antarabangsa, dengan rela atau tidak, banyak diam,” menurut Callamard, penyiasat bebas kepada Reuters.

Callamard dijadualkan untuk menyampaikan hasil siasatannya pada hari Khamis di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia, yang memberi peluang kepada negara-negara anggota untuk membahaskan tindakan yang harus dilakukan.

Amerika Syarikat bukan ahli forum, setelah mengundur diri dua tahun lalu.

Soleimani, pemimpin Pasukan Quds Pengawal Revolusi, adalah tokoh penting dalam mengatur kempen Iran untuk mengusir pasukan AS dari Iraq dan membangunkan jaringan tentera proksi Iran di Timur Tengah.

Washington telah menuduh Soleimani mendalangi serangan oleh pemberontak yang memihak kepada Iran ke atas pasukan pasukan AS di wilayah itu.

“Mejar Jeneral Soleimani bertanggung jawab atas strategi dan tindakan ketenteraan Iran, di Syria dan Iraq. Tetapi jika tidak ada ancaman yang akan berlaku terhadap kehidupan, tindakan yang diambil oleh AS adalah tidak sah, tambah Callamard.

Serangan dron 3 Januari lalu, ujarnya, adalah kejadian pertama yang diketahui, yang mana sebuah negara mengemukakan pembelaan diri sebagai alasan untuk serangan terhadap wakil sebuah kerajaan di wilayah negara ketiga.

Iran membalas serangan ke atas Soleimani dengan serangan roket ke pangkalan udara AS di Iraq.

Namun, beberapa jam kemudian, pasukan tentera Iran yang dalam keadaan berjaga-jaga telah terkeliru dengan menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine yang berlepas dari Teheran.

Iran telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Donald Trump dan 35 yang lain susulan kematian Soleimani dan telah meminta bantuan Interpol. – MalaysiaGazette