Gambar hiasan

SYDNEY – Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika Syarikat (AS) telah membatalkan kebenaran untuk Pakistan International Airlines (PIA) melakukan penerbangan sewa ke Amerika Syarikat dengan alasan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) bimbang dengan perakuan juruterbang Pakistan.

Maklumat tersebut terkandung dalam pembatalan kebenaran khas bertarikh 1 Julai yang diberikan oleh jabatan itu kepada Reuters.

Bulan lalu Pakistan telah menggantung lesen satu per tiga juruterbangnya setelah mengetahui mereka memalsukan kelayakan masing-masing.

Agensi Kesatuan Keselamatan Penerbangan Eropah juga telah menggantung kebenaran ke atas PIA untuk terbang ke blok itu selama enam bulan, sekaligus memberi tamparan kepada operasi syarikat penerbangan tersebut.

Setakat ini PIA belum memberi maklum balas terhadap keputusan tersebut.

Tetapi Geo News melaporkan PIA telah mengesahkan larangan AS itu dan mengatakan ia akan mengatasi kebimbangan tersebut melalui langkah-langkah pembetulan berterusan dalam syarikat penerbangan itu.

Pakistan menggantung lesen juruterbang-juruterbangnya yang kelayakan mereka diragukan susulan tragedi pesawat PIA yang terhempas pada bulan Mei lalu yang mengorbankan 97 orang. – MalaysiaGazette
e.