Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 24,115 kes, diikuti Jakarta (23,936) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.- Gambar hiasan.

WAHINGTON – Amerika Syarikat (AS) melaporkan lebih daripada 56,300 kes Covid-19 pada hari Khamis – hari ketiga berturut-turut jangkitan meningkat sekurang-kurangnya 55,000 kes, menurut laporan Reuters.

California, Florida dan Texas baru-baru ini memecahkan rekod kes jangkitan baharu.

Malah, di luar negeri-negeri itu, kes jangkitan Covid-19 masih meningkat.

Alabama, Montana dan Wisconsin mencatat kenaikan satu hari terbesar kes pada hari Khamis.

Jangkitan meningkat di 41 dari 50 negeri, menurut analisis kes Reuters untuk dua minggu terakhir berbanding dua minggu sebelumnya.

Pada hari Rabu, Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan kes terbesar dengan lonjakan sebanyak 60,541 kes dalam satu hari.

Amerika Syarikat telah melaporkan lebih dari 3.1 juta kes dan lebih dari 133,000 kematian akibat virus tersebut.

Keadaan semasa di Amerika Syarikat menyebabkan rakyatnya teragak-agak untuk berada di khalayak dan membuka operasi perniagaan alaupun Presiden Donald Trump berusaha untuk menurunkan risiko. – MalaysiaGazette