SINGAPURA – Walaupun peratusan dan angka jelas menunjukkann sokongan terhadap Parti Tindakan Rakyat (PAP) merudum namun parti itu kekal memerintah Singapura dengan majoriti lebih rendah.

Untuk makluman, PAP telah mula berkuasa sejak 1965 memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, sememangnya peratusan menunjukan peratusan penurunan ketara dari 70 peratus pada Pilihan Raya Umum 2015 dan kini ianya 61.2 peratus.

Peratusan undi popular PAP begitu hampir dengan paras terendah pernah diperoleh iaitu 60.1 peratus pada PRU 2011.

Manakala pembangkang pula, Parti Pekerja berjaya mendapat 10 kerusi Parlimen, satu pencapaian terbaik setakat ini.

Sememangnya ini berita baik buat pembangkang kerana sebelum mereka hanya memegang enam sahaja kerusi Parlimen, rata-rata penyokong serta pemimpin juga kelihatan begitu teruja dengan kemenangan ‘besar’ ini.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong sendiri dalam sidang sidang media hari ini melahirkan rasa kecewa dengan keputusan ini memandangkan itu bukanlah seperti diharapkan olehnya.

Katanya, peratusan undi popular tidak seperti diharapkan.

“Ini adalah satu keputusan yang menunjukkan rakyat dalam kesusahan. Rakyat bimbang dengan krisis ketika ini. Seperti hilang pendapatan, risau dengan kerja dan sebagainya,” katanya.

Ini juga merupakan satu pilihan raya yang mana Singapura melaksanakan ‘norma baharu’ dengan menjalini pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum boleh mengundi.

Keadaan ini juga memaksa barisan panjang dan agak lama menyebabkan ada segelintir pengundi melahirkan rasa tidak gembira serta provokasi malah sedikit kekecohan ada berlaku.

Para pengundi juga keluar mengundi dengan memakai topeng pelitup muka, sarung tangan dan memastikan jarak sosial dipatuhi. –MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Orang2 Melayu Singapura perlu punyai sebuah parti politik yang mana mereka menjadi champion dalam memperjuangkan hak2 mereka seperti yang termaktub didalam perlembagaan?

    Kalau tidak akan jadilah seperti kaum Rohingya, masalah kaum Rohingya adalah kerana mereka tidak punyai pemimpin politik yang berkualiti!

    Ayuh bangun dan berjuang! Amalan demokrasi membenarkannya!

Comments are closed.