Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir ke taklimat Ahli Parlimen sempena Pra Persidangan Parlimen di Saujana Hotel, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 12 JULAI 2020.

SUBANG – Semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dijadualkan hadir sesi taklimat Ahli Parlimen sempena Pra Persidangan Parlimen.

Antara yang hadir adalah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim diikuti beberapa pemimpin PH.

Antaranya Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran.

Selain pemimpin DAP, turut hadir adalah Ketua AMK, Akmal Nasir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.

Selain itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani.

Turut hadir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semua Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) sudahpun berada sini ekoran majlis retreat parti itu yang diadakan di tempat yang sama.

Antaranya Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden); Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom; Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun, kelibat bekas Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan pada majlis kali ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. mahadir dah jadi usang dah. dah tak laku untok dijual. itu lah nasib pengkhianat. jangan ingat kamu cemerlang masa muda boleh bawa untong dimasa tua .

Comments are closed.