Aya Sophia yang adalah sebuah masjid. foto NYTimes

MEDIA antarabangsa melaporkan beberapa negara barat membantah keputusan mengubah Aya Sophia dari muzium ke masjid. Antaranya negara jiran Turki iaitu Greece, selain Amerika. Kononnya keputusan tersebut bakal mencetuskan ketegangan dan mahu ia dikekalkan sebagai muzium.

Sedangkan perjuangan mengembalikan semula fungsi asal Aya Sophia setelah dibuka oleh al-Fateh telah bermula sejak sekian lama. Ia adalah cita-cita dan maruah Islam bukan sahaja di Turki, bahkan seluruh dunia.

Ternyata tindakan kerajaan dibawah regim MK Atatuk pada tahun 1934 mengubah Aya Sophia kepada muzium menyalahi fungsi asal Aya Sophia sebagai masjid 500 tahun sebelum itu (1453).

Sebab tu tidak pelik keputusan mahkamah tinggi Turki semalam dibuat atas alasan antaranya Aya Sophia telah didaftarkan secara bertulis atas nama masjid.

Ia bukan langkah untuk menimbulkan sengketa agama. Sejarah membuktikan ketika al-Fateh mengubah Aya Sophia daripada gereja kepada masjid, ciri-ciri dan lambang agama Kristian tetap dikekalkan sebagai tanda toleransi luar biasa.

Bahkan Erdogan turut menekankan semasa pengumuman semalam, pintu Aya Sophia tetap akan dibuka luas kepada penduduk tempatan serta warga asing, Muslim dan bukan Muslim.

Maka penganut muslim boleh hadir atas nama masjid. Penganut bukan Islam boleh hadir atas nama melancong, bahkan ianya adalah percuma!

Jika ditinjau sejarah bumi Sepanyol hari ni, masjid Cordoba yang pernah menjadi saksi mengabdi kepada Islam selama lebih 450 tahun pada era dinasti Umaiyah di sana telah diubah menjadi gereja pada abad ke-13.

Namun tiada siapapun (pihak barat) yang mempersoalkan bagaimana perasaan dunia Islam ketika itu. Tiba-tiba hari ini ingin menjadi hero?

MUAZ MOHD NOOR, 
Pensyarah, 
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),
UiTM Melaka.

1 Komen

  1. Alhamdulillah , syukur kpd Allah, ini smua adlah kuasa Allah sgalanya..jadi ummah islam mari lh sama2 kita menentang keluguran kaum kafir yg ingin mhancur n sedaya upaya menentang agama islam..jadi ummah islam ingin kuat dn di sengani di dunia adalah bersatu..suatu persoalan yg mjadi tnya tanya apa muslihat org kafir n ngra asing mengangu gugat halehwal ngra org lain…itu hak sesebuah ngra berdaulat seperti turki..jadi ngra asing tak lyk sekli pun utk menganggu gugat hal ehwal ngra lain terutama ngra islam..ngra islam hak islam..ngra kafir hak kafir..so jgn sesekali masuk cmpur..kami ngra islam tidak pernah msuk cmpur ngra kafir.hati2 ya org kafir n ngra kfir..kalau inginkn keamanan, so jaga lh ngra masing2..

Comments are closed.