Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi dipersoal kerana tidak menjemput wakil-wakil rakyat Muafakat Nasional (MN) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Gombak (JTPD) di Pejabat Daerah Gombak, semalam.

Ia merupakan kali kedua selepas dia mempengerusikan Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor.

Ketua Penerangan Barisan Nasional, Isham Jalil bertanya adakah Azmin masih keliru beliau kini di pihak yang mana, atau lebih selesa bersama Parti Keadilan Rakyat, sebab itu tidak menjemput MN untuk bersama dalam mesyuarat-mesyuarat penting ini.

”Kepada Azmin, sebelum ini anda telah bergaduh dengan rakan-rakan anda iaitu Anwar, Tun Mahathir, dan DAP. Mereka-mereka ini kini menggelar anda pengkhianat.

”Kali ini fikirlah masak-masak dan buatlah tindakan yang bijak. Jangan bergaduh dengan semua orang,” kata Jalil.

Sebelum ini, Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mempersoalkan tindakan Majlis Tindakan Persekutuan (MTPNg) negeri tidak menjemput wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) menghadiri mesyuarat.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau dimaklumkan hanya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijemput ke mesyuarat yang dipengerusikan oleh Azmin selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau menyifatkan tindakan MTPNg itu sebagai luar biasa dan pelik apabila menyisihkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen PN Selangor.- MalaysiaGazette

Noh persoal wakil rakyat MN tidak dijemput mesyuarat MTPNg

2 Komen

Comments are closed.