Foto Agensi.

LONDON – Sheffield United melonjak ke tangga keenam liga selepas menewaskan Chelsea 3-0 di Bramall Lane manakala rekod kemenangan Liverpool di Anfield berakhir dengan keputusan seri menentang Burnley.

Sheffield United yang merakam kemenangan besar pertama mereka pada musim sulung di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 13 tahun berpeluang merebut tempat dalam kelompok empat teratas apabila hanya ketinggalan lima mata di belakang Leicester yang berada di tangga keempat.

Chelsea kekal di tangga ketiga namun mungkin akan tercicir ke tangga kelima sekiranya Leicester dan Manchester United menewaskan Bournemouth dan Southampton.

Raheem Sterling pula meledak hatrik dalam kemenangan 5-0 di Brighton sekaligus Manchester City mengesahkan tempat dalam kelompok empat teratas buat musim ke-10 berturut-turut.

Bagaimanapun mereka perlu menunggu keputusan esok berkenaan rayuan penggantungan dua tahun daripada kejohanan Eropah untuk melihat sama ada mereka boleh beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Norwich akan beraksi di Liga Kejuaraan musim depan selepas empat gol Michail Antonio mengesahkan penyingkiran The Canaries yang menyaksikan West Ham akan kekal dalam liga tertinggi Inggeris itu. – MalaysiaGazete