Topaz yang dinamakan semula sebagai A+ didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengesahkan kapal mewah yang dianggarkan bernilai AS$688 juta (RM2.93 bilion) dibeli dengan dana yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),

Butiran kewangan Topaz yang dinamakan semula sebagai A+ terkandung dalam fail DoJ kepada Mahkamah Persekutuan California pada 30 Jun.

Namun, tidak dinyatakan adakah Jabatan Persekutuan AS akan berusaha untuk menuntut kapal pesiaran tersebut sebagai sebahagian daripada pelaksanaan rampasan aset 1MDB, menurut laporan The Straits Times.

Menurut DoJ, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, menyewa A+ sekurang-kurangnya lima kali antara 2013 dan 2014 di pelbagai lokasi.

IA termasuk Nice di Perancis, Ibiza di Sepanyol, Caribbean, New York dan sekitar pantai Brazil.

“The disclosure by the DoJ in a 280-page filing could tip the scales in Malaysia’s favour because the revelations over the funding of the Topaz purchase now formally link the 1MDB affair to a top United Arab Emirates official,” the report said.

“Pendedahan oleh DoJ dalam dokumen 280 halaman ini dapat memberikan skala yang memihak kepada Malaysia kerana pendedahan mengenai dana pembelian Topaz kini secara rasmi ada hubungan 1MDB dengan seorang pegawai tinggi Emiriah Arab Bersatu,” kata laporan itu.

Dokumen DoJ itu juga menyatakan Oceanus Maritime, sebuah syarikat swasta, membayar sejumlah AS$ 688 juta untuk kapal layar tersebut pada tahun 2012.

“Syarikat swasta ini kemudian membayar balik pinjaman itu secara berperingkat-peringkat menggunakan wang yang disalahgunakan daripada 1MDB dan ia dilakukan melalui skim yang diketuai oleh dua bekas eksekutif IPIC, Khadem Al Qubaisi dan Badawy al Husseiny .

Oceanus Maritime ada kaitan dengan UAE, dikenalpasti sebagao Emirati Official 1, juga adalah pemimpin kanan dalam IPIC (International Petroleum Investment Co).

IPIC terbabit dalam pertikaian berbilion dolar dengan Malaysia dalam urus niaganya dengan 1MDB. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Oh. Kita suruh lah guan eng beli sebab dia dapat 6.3 b dari projek terowong. Cukuplan nak bayar.

  2. semakin terbuka tembelang pengkhianat yang berlagak pejuang negara. disanjung oleh rakyat. bodoh nya menjadi rakyat. cerdik lah orang yang menjadi pemimpin

Comments are closed.