Kereta yang terhumban ke dalam sungai berhampiran Jalan Kuching berjaya ditarik keluar oleh DBKL.

KUALA LUMPUR- Sebuah kenderaan Toyota DX terhumban ke dalam sungai selepas terbabas di Jalan Kuching awal pagi tadi.

Menurut polis, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki India berusia 23 tahun itu hilang kawalan di sebuah selekoh ketika dalam perjalanan dari arah Jalan Kuching menghala ke Bulatan Dato’ Onn sehingga menyebabkannya terbabas dan menjunam ke dalam sungai berhampiran.

Tambahnya, pihak polis menerima laporan daripada orang ramai mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 4.58 pagi tadi.

Mengikut makluman orang ramai, pemandu yang beralamat di TTDI Jaya, Selangor itu selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Dia kemudian beredar dari tempat kejadian dan menghala ke sebuah klinik.

Kenderaannya berjaya dikeluarkan dari sungai berkenaan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast