Ada pihak desak Selangor tutup kilang untuk elak kes positif meningkat, tetapi apa kata perundangan?

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya kerajaan menyemak semula dan meminda Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) bagi meningkatkan kepatuhan serta mengurangkan kemalangan di tempat kerja.

Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, para pekerja yang kembali ke tempat kerja selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempunyai hak terhadap persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Tambahnya, memang terdapat norma baharu dan SOP untuk mencegah daripada Covid-19 tetapi memastikan tempat kerja bebas kemalangan yang boleh menyebabkan cedera dan kematian adalah tanggungjawab majikan dan pekerja.

“Benar, kemalangan memang tidak boleh dihindari 100 peratus tetapi dalam banyak kes, kemalangan di tempat kerja boleh dihindari sekiranya undang-undang dan peraturan terhadap keselaaran kerja termasuk prosedur operasi selamat diikuti dan dipantau rapat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Lam Thye, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, daripada 22,624 kemalangan yang dilaporkan Perkeso, sejumlah 11,960 adalah kemalangan industri manakala 10,664 adalah kemalangan ketika hendak ke tempat kerja. – MalaysiaGazette