Pilihanraya umum Singapura, Jumaat lepas. Foto Agensi

SINGAPURA – Peralihan undi kepada parti pembangkang semasa Pilihan Raya Umum tahun ini menunjukkan pengundi bukan hanya peduli tentang isu periuk nasi sahaja, kata para pemerhati politik.

Parti pemerintah People’s Action Party (PAP) menjalankan kempen dan manifesto berkisar mengenai menyelamatkan nyawa dan pekerjaan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Menurut para pemerhati, keputusan PRU semalam menunjukkan pengundi mengutamakan isu-isu berhubung keadilan sosial serta mempunyai suara berbeza di Parlimen.

Keputusan tersebut menunjukkan lebih ramai pengundi yang lebih bijak kali ini.

Tambah penganalisis, PAP pula dilihat perlu menunjukkan mereka boleh mendengar dan bertindak terhadap kebimbangan tambahan yang ditunjukkan rakyat bagi mendapatkan kembali sokongan.

Keputusan rasmi yang diumumkan selepas tempoh pengiraan undi dilanjutkan sehingga awal pagi semalam menunjukkan undi PAP jatuh hampir sembilan mata peratus berbanding PRU 2015.

PAP mendapat 61.24 peratus undi tahun ini bagaimanapun Workers Party berjaya membuka jalan ke Kumpulan Wakil Rakyat (GRC) keduanya pada PRU kali ini di tengah-tengah pandemik

Bagaimanapun, PAP tetap berjaya memperoleh super-majoriti dan membentuk kerajaan selepas menang 83 kerusi daripada 93 yang dipertandingkan. – Agensi