BANGKOK – Kira-kira satu pertiga daripada pengusaha pelancongan di Thailand akan gulung tikar pada separuh kedua tahun ini, demikian amaran yang diberikan oleh Pengerusi Majlis Pelancongan Thailand, Chairat Trirattanajarasporn.

“Impak Covid-19 akan menjadi lebih serius pada suku ketiga tahun ini selepas kebanyakan pengusaha cuba mengurangkan kos dengan membuang pekerja namun begitu selepas lebih sejuta jawatan dikurangkan namun keadaan masih tidak berubah.

“Tambahan pula pelancong asing masih tidak dibernarkan memasuki negara ini lagi.

“Majlis menjangkakan dalam tempoh tiga bulan hampir 30 peratus perniagaan berkaitan pelancongan di negara ini terpaksa ditutup terus,” katanya.

Menurut Chairat, terdapat pengendali yang telah mula menjual premis mereka seperti hotel, pusat peranginan, restoran dan kedai cenderamata kepada pelabur.

“Bagaimanapun, perniagaan hartanah turut terjejas oleh krisis ekonomi dan berharap supaya jualan hartanah mereka masih diterima,” tambahnya.

Chairat berkata, Majlis Pelancongan Thailand meramalkan pendapatan daripada pelancong asing pada 2020 akan jatuh mendadak daripada Thai Baht 2.2 trilion tahun lepas kepada Thai Baht 600 bilion. – Agensi