Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Kedudukan pembangkang di kerusi Dewan Rakyat dilihat canggung apabila Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal diletakkan dalam barisan pembangkang yang diketuai Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu sebelum ini mengumumkan berada di blok bebas bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerusi Shafie di Dewan Rakyat ditempatkan di sebelah Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Kedudukan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad pula ditempatkan di kedudukan kerusi bebas bersama-sama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Diatas kertas, kerusi Parlimen bagi blok pembangkang hanya meliputi 69 kerusi dan selebihnya diletakkan di Galeri Awam Parlimen.

Di blok kerajaan seperti biasa diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ahli Parlimen Pagoh dan di sebelah beliau adalah Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Ahli Parlimen Gombak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak ditempatkan sebelah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ……mcm PH laaaa….tunggang langgang!!!
    …kiri buleh…kanan buleh..
    …depan buleh…”belakang” pun buleh….

Comments are closed.