TERKINI : Usul Undi Tidak Percaya Perdana Menteri? – Anwar Ibrahim

Pakatan Harapan (PH) menjangkakan usul usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sukar dicapai sehingga tamat persidangan Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usul Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir sukar untuk diluluskan untuk dibahaskan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan mengutamakan usul berkaitan kerajaan terlebih dahulu.

“Usul (Ahli Parlimen) Langkawi itu seperti mana kita tahu proses peraturan Parlimen. Itu isu yang mengangkut urusan kerajaan itu akan didahulukan.