Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak susut kira-kira 2% dalam dagangan hari ini berikutan kebimbangan sekatan operasi perniagaan susulan lonjakan kes koronavirus di California dan negeri-negeri lain di Amerika Syarikat memberi ancaman kepada permintaan bahan bakar itu.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh AS$0.84 atau 2.1% kepada AS$39.26 setong pada 0138 GMT.

Manakala Brent pula susut sebanyak AS$0.77 kepada AS$41.95 setong.

Kedua-dua penanda aras itu merekodkan kerugian melebihi 1% pada hari Isnin.

”Dengan sekatan pergerakan semula di California, bulan Julai menjadi lebih mencabar untuk pasaran minyak daripada yang dijangkakan dengan lebih banyak masalah permintaan daripada ketidakpastian berkaitan koronavirus,” kata Ahli Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes.

Pasaran akan memantau secara rapat data penggunaan minyak dari Institut Petroleum Amerika yang dijangka keluar pada hari ini dan Pentadbir Maklumat Tenaga Amerika Syarikat pada hari Rabu.

Penganalisis menganggarkan stok minyak AS turun 900,000 tong dan inventori minyak mentah turun sebanyak 2,3 juta tong pada minggu hingga 10 Julai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast