MANCHESTER – Manchester United melepaskan peluang melonjak ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas diikat Southampton 2-2 hasil gol penyamaan Michael Obafemi pada minit ke-96 di Old Trafford.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang beraksi seperti serba tidak menjadi gagal mengambil kelebihan kekalahan Chelsea dan Leicester City untuk kekal di tangga kelima.

Sebelum ini, United menjadi pasukan pertama dalam sejarah EPL menang empat perlawanan berturut-turut dengan kelebihan tiga gol.

Namun aksi menentang pelawat yang bermain agresig membuat The Red Devils tersentak hasil jaringan awal Stuart Armstrong pada minit ke-12.

Dua gol daripada Marcus Rashford dan Anthony Martial menukar perlawanan tetapi United terperangkap hasil hantaran sudut apabila pemain gantian Obafemi meledak ke gawang hasil hantaran Jan Bednarek.

“Sementara itu, kejayaan rayuan Manchester City mengenepikan hukuman penggantungan UEFA di Mahkamah Timbang Tara Sukan seolah memberi tekanan terhadap United bagi meneruskan persembahan baik mereka dengan hanya empat terbaik layak ke Liga Juara-Juara. – MalaysiaGazette