Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) mendakwa proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu tempang dan mengugat demokrasi di negara ini.

Melalui kenyataan media majlis Setiausaha PH, gabungan itu kesal dengan proses pengguguran Tan Sri Mohamad Arif Yusoff semalam.

“Kami juga kesal dengan perbahasan usul tersebut di mana hanya empat orang pembahas dibenarkan berbahas dengan masa hanya 10 minit seorang. bagi satu usul yang bersejarah seperti itu seharusnya lebih banyak masa diperuntukkan bagi mendengar sepenuhnya hujah kedua-dua belah pihak,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani Datuk Seri Saifuddin Nasution mewakili PKR, Datuk Dr Hatta Ramli emwakili Amanah dan Anthony Loke mewakili DAP.

Tambahan pula, kata mereka, selepas usul mengosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat, usul menamakan pengantinya juga tidak demokratik kerana tempoh 14 hari diminta pembangkang tidak diendahkan.

“PH amat kesal dengan sikap kerajaan hari ini yang kelihatan mahu meletakkan Parlimen di bawah telunjuk eksekutif. Parlimen sebagai badan perundangan wajib bebas daripada sebarang unsur kawalan dari luar. Jika Parlimen dikawal pihak eksekutif maka demokrasi negara dalam keadaan tergugat.

“Kejadian semalam merupakan titik hitam buat demokrasi di Malaysia dan mengukuhkan iltizam PH untuk memastikan mandat rakyat dikembalikan ke tempatnya.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kalau PH jadi kerajaan balik. Saya percaya mereka juga akan tukar tuan speaker lah. Tak payah bising lah. Sama-sama hancing.

  2. Masa PHaruupun tukar speaker lagi hancing… Notis 8 hari saja… Dajjal tak mengaku Dajjal

Comments are closed.