Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto Agensi

GENEVA – Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 13 juta pada hari Isnin, bertambah sebanyak sejuta kes dalam tempoh hanya lima hari.

Pandemik itu kini membunuh lebih daripada setengah juta orang dalam tempoh enam bulan setengah.

Berikutan itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, komuniti dunia tidak akan kembali kepada ‘normal lama
sekiranya langkah-langkah pencegahan diabaikan.

“Biar saya berterus-terang, terlalu banyak negara melakukan langkah yang salah, virus ini tetap menjadi musuh nombor satu masyarakat.

“Sekiranya asas-asas tidak dipatuhi, satu-satunya cara pandemi ini terjadi, ia akan menjadi semakin buruk dan lebih buruk dan buruk. Tetapi tidak semestinya seperti ini,” katanya pada taklimat maya dari ibu pejabat WHO di Geneva.

Berdasarkan laporan kerajaan, Covid-19 semakin cepat merebak di Amerika Latin.

Amerika Syarikat (AS) menyumbang lebih daripada separuh jangkitan dunia dan separuh kematian.

Sebahagian daripada dunia, terutama AS merekodkan dengan lebih 3.3 juta kes jangkitan dan masih menyaksikan lonjakan besar dalam gelombang pertama jangkitan Covid-19, ketika keluk pandemik di negara-negara lain semakin rata dan mula melonggarkan sekatan.

Beberapa kawasan seperti Melbourne, Australia dan Leicester, England melaksanakan sekatan perjalanan pusingan kedua.

Hong Kong dengan hanya merekod 1,522 kes mengetatkan pelaksanaan penjarakan sosial ekoran bimbang berlaku gelombang ketiga pandemik.

AS melaporkan kes jangkitan baharu mencecah rekod dunia kepada 69.070 pada 10 Julai lalu.

Di Brazil pula, 1.86 juta penduduk disahkan positif termasuk Presidennya Jair Bolsonaro dengan 72,000 kes kematian.

Manakala di Florida, AS melaporkan peningkatan rekod lebih daripada 15,000 kes baru dalam 24 jam pada hari Ahad, lebih banyak daripada jumlah Korea Selatan sejak penyakit ini pertama kali dikenal pasti pada akhir tahun lalu.

Sebanyak 12,624 kes jangkitan baharu dilaporkan pada hari Isnin.

Jangkitan koronavirus meningkat di sekitar 40 negeri AS, menurut perbandingan Reuters dua minggu terakhir dan dua minggu sebelumnya.

Namun Presiden Donald Trump berulang kali mengatakan penyakit itu terkawal dan sekolah mesti dibuka semula pada musim luruh.

Ketua Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan menggesa negara-negara untuk tidak menjadikan sekolah sebagai ‘padang politik baharu’ berkata, sekolah-sekolah boleh dibuka semula sekiranya penularan virus terkawal.

Pemimpin wilayah Sepanyol Catalonia mendesak penduduknya yang berjumlah 160,000 orang di mana kes-kes telah meningkat untuk tinggal di rumah.

Sepanyo menjadi salah satu negara di Eropah yang paling parah akibat koronavirus, melonggarkan sekatan di seluruh negara bulan lalu apabila pandemi mula reda.

India, negara dengan jumlah jangkitan ketiga tertinggimenghadapi purata 23, 000 jangkitan baharu setiap hari sejak awal bulan Julai lalu. – MalaysiaGazette