KUALA LUMPUR – UMNO memutuskan untuk menggugurkan saman terhadap sembilan ahli Parlimen yang meningggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Keputusan itu disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi.
Bercakap kepada FMT Ahmad Zahid berkata, tindakan menggugurkan saman itu kerana UMNO dan Bersatu kini rakan dalam gabungan Perikatan Nasional.
“Kita sekarang rakan politik.
“Saya sudah mengarahkan peguam kami gugurkan saman itu,” katanya.
Sembilan ahli UMNO itu adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Shahbudin Yahaya (Tasek Gelugor), Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), dan Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah). – MalaysiaGazette

















Ini tindakan mulia dato zahid.. terbaik
Tahniah atas keputusan President UMNO Zahid Hamidi kerana menggugurkan saman kpd MP yang melompat keluar party.
TETAPI President UMNO harus membuat “Keputusan KEKAL” untuk PRU15 “Parlimen Mersing” perlu meletakkan calon dari UMNO dan “syarat kerjasama” dengan PPBM TIDAK MENCALONKAN ahlinya Bernama Datuk Abdul Latiff Ahmad dimana-mana kerusi majoriti Melayu.