Wisma Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 17, JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron dan peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi pada Ahad lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) malam ini, serangan itu berjaya dipintas oleh Arab Saudi.

“Kesinambungan serangan yang disengajakan ini menunjukkan provokasi tidak perlu oleh puak Houth terhadap negara tersebut (Arab Saudi) dan bakal memudaratkan usaha mengekalkan keamanan serta kestabilan di rantau itu,” katanya.

Malaysia mengulangi gesaannya agar semua pihak di Yaman terlibat secara konstruktif dalam usaha menghentikan permusuhan selain menyelesaikan konflik itu secara persahabatan serta aman melalui dialog dan diplomasi.

— BERNAMA