TERKINI : Kenapa Polis Tidak Panggil Bapa ‘Allahyarham Adib’ Sebagai Saksi – PEMBELA

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) kecewa dan kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung kes kematian anggota Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, KPN sepatutnya mengarahkan agar siasatan diteruskan sebagaimana dikeluarkan Mahkamah Koroner, tanpa mengeluarkan sebarang ulasan yang mengguris hati keluarga Muhammad Adib dan rakyat khususnya.

“Beliau mesti memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib kerana kenyataannya itu telah menyinggung perasaan mereka dan juga rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kes itu.