Marcus Rashford.

LONDON – Sebagai menghargai pencapaiannya sebagai pemain bola sepak, dan juga khidmat bakti beliau yang luar biasa di luar padang, penyerang Marcus Rashford akan menerima gelaran kehormat dari The University of Manchester.

Pemain berusia 22 tahun itu akan menjadi wakil ketiga dari kelab yang pernamenerima anugerah seperti itu mengikuti jejak langkah Sir Alex Ferguson dan Sir Bobby Charlton. Lebih manis Rashford akan menjadi penerima gelaran kehormat termuda dari Universiti berkenaan.

Rashford telah menjadi tokoh kepemimpinan utama semasa tempoh kawalan pergerakan semasa wabak Covid-19 melanda United Kingdom, selepas perjuangan beliau melawan kemiskinan kanak-kanak di Manchester mendapat perhatian ramai.

Pada bulan Jun, dia secara terbuka menulis surat kepada pemerintah United Kingdom (UK) mengenai perubahan dalam pemberian makanan di sekolah dengan memohon agar usahanya itu dilanjutkan sepanjang cuti musim panas.

Di samping kempen seperti itu, Rashford juga bekerja sama dengan badan amal FareShare iaitu sebuah organisasi yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan melalui saluran makanan dan mengurangkan sisa makanan.

Semalam Rashford mengumumkan pada badan amal itu sekarang menyediakan empat juta makanan yang diperuntukkan kepada orang-orang yang memerlukan di seluruh UK.

Bercakap mengenai gelaran yang bakal diterimanya, dia berkata ia adalah hari yang membanggakan bagi saya dan keluarga.

“Apabila anda melihat nama-nama hebat yang pernah dianugerahkan gelar doktor ini pada masa lalu, say aamat terharu.

“Kami masih mempunyai jalan yang berliku dalam memerangi kemiskinan kanak-kanak di negara ini tetapi menerima pengiktirafan dari bandar ini dan ini bermakna kami menuju ke arah yang benar dan itu sangat bermakna. Terima kasih kepada Universiti of Manchester,” katanya. – MalaysiaGazette