TERKINI : Kerajaan Akan Tarik balik Lesen Lynas? – Khairy Jamaluddin

Kerajaan tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen operasi pengeluar nadir bumi berpangkalan di Australia, Lynas Malaysia Sdn Bhd, jika syarikat itu tidak memulakan pembangunan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF) dalam tempoh setahun daripada kelulusan lesennya.

Perkara itu ditegaskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang memberitahu, ia merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat berkenaan sebagai pemegang lesen yang diperbaharui selama tiga tahun bermula Mac lalu.

“Jika Lynas tidak dapat memulakan proses pembangunan PDF dalam tempoh satu tahun daripada keputusan untuk dilanjutkan lesen ini dibuat, iaitu pada Mac 2021, lesen itu boleh ditarik balik,” katanya.