Predee Daochai

BANGKOK – Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mengesahkan beliau telah menghubungi ahli perbankan, Predee Daochai untuk menyertai barisan Kabinet baharu.

Ini merupakan kali pertama Perdana Menteri mengakui tindakan tersebut dan masih menunggu jawapan daripada Presiden Bersama Kasikornbank dan Pengerusi Persatuan Ahli-Ahli Perbankan Thailand.

Nama beliau muncul sebagai calon Menteri Kewangan susulan peletakan jawatan Uttama Savanayana dan empat menteri Kabinet lain termasuk Timbalan Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak.

Menurut Perdana Menteri, beliau memerlukan orang yang tepat untuk memacu ekonomi Thailand yang terjejas teruk akibat pandemik,

Kebanyakan penganalisis meramalkan Thailand bakal mengalami kemelesetan paling teruk di Asia Tenggara tahun ini kerana negara tersebut sangat bergantung kepada pelancongan asing. – Agensi