Foto Instagram Mat Dan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan ketika sudah membenarkan orang ramai untuk solat jemaah di masjid tetapi perlu mengikut prosuder standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan dengan mengamalkan jarak sosial dan bilangan jemaah menurut kapasiti masjid dan surau serta hanya warganegara Malaysia sahaja.

Bagaimanapun, pengembara dan pengacara dikenali ramai, Mat Dan meluahkan rasa terkilan kerana tidak dibenarkan masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat semalam.

Sebak meluahkan perkara itu, Mat Dan atau nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah berkata, dia tidak dapat masuk ke masjid kerana dia bukan warganegara Malaysia.

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Mat Dan yang merupakan warganegara United Kingdom berkongsikan pengalaman di Mekah yang tidak mengenal kulit, bangsa mahupun rupa.

“Agak sedih hari ini. Pukul 12 saya tunggu di masjid rumah saya dan abang Rela kita tak bagi masuk. Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP, semua ada tapi sebab bukan warganegara,” katanya.

“Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP,” katanya.

Mat Dan telah menetap di Malaysia sejak 2009 selepas melakukan pengembaraan ke Pulau Kapas. Pada tahun 2018, dia  telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia dan juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel Abdullah.

Dia menjadi popular kerana kefasihan bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu dengan cukup baik.

Kini, lebih dikenali dalam rancangan TV berkenaan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers – Trans Siberian dan juga sebagai pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan.

Dia telah berkahwin dengan wanita kelahiran Terengganu pada 2017 dan memiliki anak lelaki berusia dua tahun lebih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Mungkin yang status PR ini layak untuk dibenarkan solat, dia sudah bukan kategori musafir lagi sudah jadi ahli kariah. Jabatan Agama perlu tambah satu lagi SOP yang warga asing perlu di periksa kad pengenalan. Wallahualam.

  2. Asal asalnya tujuan larangan adalah sebab kenaikan mendadak jangkitan Covid19 di kalangan warga asing. Jd bahaya benarkan warga asing ke masjid. Cuma larangan tu takda pengecualian2 secara detail, ya lah, tgh wabak.

  3. Patuhilah arahan pihak berkuasa. Kes2 darurat macam ni tak perlu komplen dan buat hebahan.
    Sila akur walaupun siapa anda.

  4. Di Mekah laaa ni warga asing pun tak dibenarkan…yg ko buat perbandingan tu masa sebelum PKP

Comments are closed.