Datuk Dr Dominic Lau
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai. foto HAZROL ZAINAL, 20 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) perlu memenangi beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika mahu kekal relevan dalam arena politik tanahair.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, sekiranya Gerakan masih gagal mendapat sebarang kerusi pada PRU15 akan datang, bekas komponen Barisan Nasional (BN) hanya akan dilihat sebagai badan bukan kerajaan (NGO).

“Kali ini misi kita untuk kembali ke Parlimen dan DUN, jadi kita akan buat sehabis baik dalam memastikan wakil kita (Gerakan) kembali ke Parlimen.

“Kalau kita tak dapat kembali ke Parlimen dan DUN, jika tidak ubah sekadar NGO sahaja. Sebagai parti politik, apa yang penting ialah untuk memenangi PRU15 akan datang,” katanya pada sidang media di ibu pejabatnya di bangunan PGRM, hari ini.

Sebagai langkah pertama, Pulau Pinang akan dijadikan sasaran utama parti berbilang kaum itu pada PRU15 akan datang untuk mengembalikan semula maruah parti selepas tewas sejak tiga penggal lalu.

“Pulau Pinang adalah kita punya front state selepas kita ambil alih kepimpinan parti. Ini kerana kita bermula dari Pulau Pinang, malah bekas Presiden kita juga termasuk Tan Sri Koh Soo Koon menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 39 tahun.

“Jadi Pulau Pinang adalah maruah kita, sebab itu kita perlu kembalikan Pulau Pinang kepada Gerakan. Sebab itu kita meletakkan semua sumber kita di sana dan tanding semua kerusi di Pulau Pinang,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Dominic… kau bertanding sorang-sorang ye… jgn sibuk nak masuk BN ke, PN ke, MN ke… kau tu org-org melayu dah kenal kau bangsa yg akan tinggalkan kawan bila kawan baik sendiri dlm kesusahan… dengar tu muhyiddin, Zahid, Najib dan Tn Guru Hj Hadi…

  2. hahhahahahah..
    muafakat nasional jgn berani2 nk terima parti nie balik,
    biar parti nie mampos bergabung dgn dap,
    klau muafakat nasional terima jgk parti sampah nie,
    mmg muafakat nasional XDE MARUAH!!

Comments are closed.