Azman Yusoff

KUALA LUMPUR – Kempen beli barangan Malaysia yang dilancarkan kerajaan semalam, dijangka dapat membantu memulihkan ekonomi negara dalam tempoh singkat.

Presiden Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), Datuk Azman Yusoff berkata, kempen itu juga seiring dengan usaha kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera bagi menggalakkan pengilang Bumiputera meningkatkan produktiviti mereka.

Secara tidak langsung, katanya, pengilang Bumiputera akan mendapat manfaat dari saranan itu untuk mengutamakan produk tempatan berbanding yang diimport.

“Untuk itu, pengilang dan pengusaha Bumiputera mesti mengeluarkan produk bermutu tinggi dengan pembungkusan menarik agar setanding dengan produk import.

“GLC dan syarikat perniagaan juga dinasihatkan memberi ruang pasaran lebih luas terutama di pasar raya seperti di Suria KLCC supaya produk tempatan dapat dipasarkan di pusat membeli belah bertaraf lima bintang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menyatakan, kerajaan melaui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harus diberi pujian atas kesungguhan mempromosikan barang keluaran tempatan dan harus diteruskan ke seluruh negara.

Ujar beliau, kerajaan tempatan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) pula dimohon permudahkan urusan usahawan Bumiputera kerana ada sebahagian pengilang tertekan dengan kos pengurusan semasa Covid-19.

“Akibatnya, ramai pengilang terpaksa gulung tikar, hilang pekerjaaan, produk tidak dapat dipasarkan serta lambakan pengeluaran yang akhirnya menyebabkan kerugian kepada syarikat.

“Inisiatif kerajaan ini harus disambut baik dan jika semua rakyat bersatu, ekonomi kita akan segera pulih dalam masa terdekat kerana sokongan terhadap produk tempatan yang terbukti bemutu tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast