Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menyiasatnya selama 11 jam, kelmarin.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, para pegawai SPRM telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan profesional dan menurut lunas undang-undang.

”Berikan SPRM ruang secukupnya untuk menyiasat. Sesungguhnya, kebenaran akan
ditegakkan pada akhirnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mengakui telah memberi kebenaran untuk sesi siasatan pada 17 Julai 2020 diteruskan selepas waktu bekerja bagi membantu pihak SPRM.

Tambahnya, beliau menghargai kesungguhan Amanah Teoh Beng Hock Untuk Demokrasi (Amanah TBH) dalam memastikan ketelusan SPRM menyiasat.

Amanah TBH dalam kenyataannya semalam berkata, soal siasat yang tidak perlu dan panjang adalah suatu bentuk penyeksaan psikologi.

Ini kerana, ia menimbulkan tekanan yang luar biasa, membahayakan kesihatan mental seseorang dan memungkinkan penyalahgunaan kuasa ketika dalam tahanan.

Malah, soal siasat yang berlarutan melanggar hak setiap orang untuk berehat seperti yang terkandung dalam 24 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Syed Saddiq berada di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes kehilangan wang tunai berjumlah RM250,000 pada akhir Mac lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Siape yg membuat siasatan, SPRM KER, AMANAH TEO BENG HOCK KER atau syed sidigue? Dlm menjalankan soaksiasst perlu ker mengikut arahan amanah Teo Ben Hock, atau perlu ker mendapat kebenaran syef sidiggue, utk kerje limpas waktu pejabat? Ini semua mengarut, the perogative lies with tge SPRM and in an interrogation the purpose is ti preasure the suspect to reveal tge thruth. Do you think a person who cammitted an offence will admit their crime voluntarily? Give me a break mannn

  2. Tak payah putar belit lagi sadiq. Jangan susahkan orang lain lagi. Mengaku dan selesaikan dengan segera. Itu jalan terbaik dunia dan akhirat.

Comments are closed.