Shahir Adnan
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa mencari petualang yang menconteng mural pemimpin-pemimpin negara dan mengenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada mereka.

Ternyata mereka yang melakukan perbuatan itu bersikap busuk hati kerana memusnahkan mural tersebut dengan menconteng dengan kata-kata kesat.

”Insiden tidak bertanggungjawab menconteng mural wira-wira negara yang bertukus-.lumus membanteras pandemik Covid-19 adalah satu perbuatan yang perlu dihukum agar insiden tidak beradab ini, tidak berulang lagi pada masa hadapan,” kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia, Shahir Adnan dalam sau kenyataan hari ini.

Menurutnya, seluruh rakyat Malaysia, termasuk segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab, perlu kembali menghayati budaya Malaysia dengan berpandukan Rukun Negara.

”Kesopanan dan Kesusilaan bermaksud menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat.

”Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara,” katanya.

Prinsip itu perlu dijadikan panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Namun apabila prinsip Kesopanan dan Kesusilaan diabaikan, maka lahirnya manusia tidak sopan dalam kalangan warga negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Di Amerika Syarikat, namyak statue2 dan lambang2 penjajahan telahpun dirobohkan oleh rakyatnya sendiri! Malah ada diantaranya dibuang2 didalam sungai2.

    Di Taiping, Perak sebuah mural yang melambangkan penjajahan perlu segera dipadamkan! Ianya selari dengan amalan penduduk dunia yang bencikan penjajahan!

  2. Kita tak boleh ada nilai2 “free thinking” di mana “anything goes” dalam negara ini atas dasar kebebasan suara. Negara ini mesti terapkan nilai Islam sebagai teras nilai2 moral untuk diikuti masyarakat. Peraturan ke atas kafir zimmi yang adil pun sudah sedia ada dalam Islam. Kita tak mahu menjadi masyarakat bar bar yang banyak berlaku di serata dunia.

Comments are closed.