TERKINI : Saya Yang Memohon Yang Arif Hakim “Tangguh Kes Najib Untuk ke Parlimen”- Azhar Harun

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan dakwaan beliau mengarahkan hakim untuk menangguh prosiding kes mahkamah Datuk Seri Najib Razak pada Khamis lalu untuk membolehkannya hadir ke Dewan Rakyat.

Beliau dengan tegas menyatakan, bahawa keputusan memanggil Ahli Parlimen Pekan untuk menyertai perbahasan adalah atas budi bicara beliau sebagai Yang diPertua.

Selain itu kata beliau, ia adalah bagi memohon pertimbangan hakim untuk bekas perdana menteri itu datang ke Parlimen pada sebelah petang.