PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan pertambahan sebanyak 15 kes positif Covid-19 baharu yang menjadikan jumlah kes kumulatif kini sebanyak 8,815 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, empat daripadanya merupakan kes import yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.
Manakala, sebanyak 11 kes baru merupakan penularan tempatan.
Jumlah terkini kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak itu kini sebanyak 130, katanya lagi.
Beliau turut memaklumkan sehingga kini, hanya empat kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, satu daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun tambah Hisham, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan hari ini.-MalaysiaGazette