solat jemaah
Foto hiasan

KOTA BHARU – Solat Jumaat tidak perlu dilaksanakan secara dua sesi di Kelantan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana jumlah masjid sedia ada mencukupi.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, solat Jumaat dua sesi hanya untuk negara-negara yang tidak mempunyai bilangan masjid yang cukup bagi melaksanakan ibadat itu secara serentak dalam keadaan jarakan sosial, namun di Kelantan, malah di seluruh negara, jumlahnya mencukupi.

“Kelantan sendiri mempunyai 603 buah masjid dan jumlah itu setakat ini mampu menampung jemaah terutamanya bagi melaksanakan solat Jumaat. Tidak perlu dua sesi…di Kelantan dan seluruh negara, cukup hanya satu sesi sahaja seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan solat Jumaat kekal dilaksanakan dalam satu sesi sahaja.

Bagaimanapun, mesyuarat itu juga sedia maklum setiap negeri mempunyai hak untuk melaksanakan solat Jumaat dua sesi jika pihak majlis agama negeri mahu ia dilaksanakan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast