TERKINI : Saya Mohon Polis Siasat, Ada ‘SPY’ Semasa Mesyuarat BERSATU – Shahidan Kassim

Pihak berkuasa diminta supaya menjalankan siasatan terhadap individu yang melakukan intipan tanpa kebenaran kerana ia melanggar hak peribadi seseorang ketika mereka mengadakan mesyuarat atau perbincangan.

Ahli Parlimen (Arau-BN), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan itu perlu dibuat kerana perbincangan yang diintip dan dibawa ke Parlimen merupakan satu perkara yang belum disiasat dan menjadi satu kesalahan jika didedahkan.

Malah katanya, jika perkara itu tidak dipandang serius ia akan membolehkan sesiapa sahaja menjadi pengintip hingga boleh menimbulkan masalah kepada negara serta memudaratkan privasi seseorang.

2 Komen

  1. orang jahat memang takutkan pengintip. kalau ada akta larang mengintip ramai lah pegawai2 anti maksiat dan polis kena saman nanti. sekarang mereka bebas mengintip penjenayah. nanti penjenayah pula akan saman pengintip.

Comments are closed.