Senario di salah satu kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakanan Diperketatkan di Selangor. PKPD mungkin dilaksanakan di Sarawak jika keadaan memerlukan.

PUTRAJAYA- Berikutan kemunculan kluster-kluster baharu Covid-19 i Sarawak, Kementerian Kesihatan memberi bayangan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri itu sekiranya wujud keperluan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, potensi itu tinggi berikutan lapan kluster aktif dilaporkan di negeri itu.

Beliau mengakui terdapat pertambahan kluster iaitu 10 kluster dikenalpasti di Kuching dan KKM telah menghantar pasukan untuk melihat tindakan susulan di lapangan untuk memantap dan meningkatkan pengesanan kontak kepada kes-kes positif itu.

“Kalau diperlukan, kita akan melaksanakan EMCO atau PKPD di kawasan tersebut.

“Namun setakat ini kita masih dapat mengawal dengan baik situasi penularan di Sarawak dan tidak ada msalah untuk melaksanakannya.

“Tetapi kalau perlu kita akan menjalankan PKPD di kawasan tersebut iaitu di lokaliti ataupun di kumpulan sasar yang dikenalkpasti,” katanya dalam sidang media jangkitan di kementeriannya petang ini.

Menurut Dr Noor Hisham, individu atau kluster yang telah dikenalpasti itu dikawal ketat dan dipantau setiap masa.

Katanya, pihaknya akan melaksanakan pengesanan kontak iaitu mereka yang telah terdedah dengan kes kes positif itu.

“Apabila kita berjaya mengesan mereka, kita akan buat ujian saringan Covid-19 ke atas kesemua mereka.

“Kalau keputusan saringan adalah positif, mereka akan segera dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan sekiranya negatif kita akan mengkuarantinkan mereka sekiranya ada pendedahan kepada kes positif,” tegasnya.

Berdasarkan data kementerian setakat ini, lapan kluster baharu di Kuching adalah Kluster Sentosa (8), Stutong (7), Kejuruteraan Kuching (3), Jupiter (3), Mambong (5), Pusat Perubatan Kuching (3), Jeti Kuching (3) dan PUI Melbourne (2) kes.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Allah Taala yg mendatangkan penyakit dan menyembohkan ..sebagai ujian ..kita sebagai makhlok Allah yg di uji ni , ambil lah langkah untuk mengawal ..ikut saranan ..jgn main ikut suka , bila dh ada kes baru mula nak salah kan itu ini ..Allah uji tapi dgn akal sempurna yg Allah beri tu buat lah yg terbaik untuk org lain selain diri kita .

Comments are closed.