TERKINI : IKHLAS Mohon PREC Berunding dan Bukan Tekan Peniaga

Peniaga hanya minta hak mereka untuk mendapatkan pembelaan dari kerajaan negeri bukan mahu lawan mana-mana atau bermain politik.

Itu tegas Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah.

Beliau berkata, apa yang diminta oleh peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Shah Alam City Centre (SACC Mall) ialah bayaran sewa premis 50 peratus untuk tempoh satu tahun atau enam bulan tidak perlu bayar sewa kerana perniagaan terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dua pilihan itu sahaja yang diminta oleh ahli Ikhlas berjumlah lebih 60 peniaga dari dia tempat berkenaan kerana perniagaan mereka merosot dan ada yang gulung tikar sejak negara dilanda pandemik Covid-19.