Prevalens A701V dalam kalangan kes gelombang ketiga ialah 86 peratus manakala D614G ialah 100 peratus.- Gambar hiasan

WASHINGTON- Kerajaan Amerika Syarikat telah menetapkan penanda aras harga vaksin Covid-19 dalam satu perjanjian bernilai AS$2 bilion dengan Pfizer Inc dan syarikat bioteknologi Jerman, BioNTech SE pada Rabu.

Penganalisis industri berpendapat, perjanjian tersebut bakal memberi tekanan kepada pengeluar-pengeluar lain untuk menetapkan harga yang sama.

Perjanjian itu membolehkan kira-kira 50 juta rakyat Amerika mendapat vaksin Covid-19 pada harga kira-kira AS$40 seorang atau lebih kurang harga suntikan tahunan vaksin flu.

Ini merupakan kali pertama ruang penetapan harga dibuat terhadap vaksin Covid-19.

Ia juga membolehkan pengeluar vaksin mendapat keuntungan daripada usaha mereka.

Tidak seperti perjanjian-perjanjian vaksin lain dengan kerajaan, Pfizer dan BioNTech tidak akan mendapat bayaran sehingga vaksin tersebut dibuktikan selamat dan efektif.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast