Suspek utama (berbaju kelabu) ditahan bersama beberapa warga asing atas dakwaan merogol dan melacurkan anak sendiri ketika direman di Mahkamah Kajang pada 14 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan dan tujuh warga asing yang direman sejak 13 Julai lalu dalam kes seorang bapa kandung merogol dan melacurkan anak serta isterinya akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007 selepas ini.

Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 43 tahun itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang esok bagi tujuan permohonan sambung reman berikutan perubahan kertas siasatan mengikut akta berbeza.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya kini membuat keputusan untuk mengubah kertas siasatan terhadap lapan suspek itu di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007 di samping Kanun Keseksaan.

“Lapan orang itu telah ditangkap berkaitan kes seorang bapa kandung yang memiliki bengkel merogol anak kandung dan melacurkan kepada tujuh warga asing iaitu Bangladesh dan Pakistan sebelum kesemuanya ditangkap dan direman tujuh hari sehingga hari ini.

“Mereka ditahan dan direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan & Sek 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan 2016).

“Bagaimanapun kertas siasatan ke atas mereka telah dibincangkan dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selangor dengan cadangan untuk polis mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007 di samping Kanun Keseksaan.

“Ia telah dipersetujui oleh DPP dan kesemua lapan suspek berkenaan akan ditangkap dan disiasat di bawah Akta ATIPSOM selepas ini,” katanya dalam kenyataan terbaharu mengenai perkembangan siasatan kes tersebut hari ini.

Menurut Fadzil kesemua suspek akan di bawa ke Mahkamah Kajang pada 25 Julai untuk permohonan reman baru untuk membolehkan siasatan baharu dimulakan di bawah mengikut ATIPSOM.

Berhubung kes berkaitan, beliau menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat maklumat lanjut berhubung kejadian ini atau sebarang kes yang seperti ini supaya berhubung dengan mana-mana balai polis yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu ASP S. Vekram Sinnayah di talian 0194737108 @ 03-89114222,” tegas beliau

Pada 14 Julai lalu, Timbalan Ketua Polis negeri, Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sebaik lelaki berusia 43 tahun itu ditangkap, polis mendapati suspek turut melacurkan isterinya kepada beberapa pelanggan melibatkan warga asing.

“Hasil siasatan mendapati lelaki ini turut merogol anak kandungnya, selepas itu melacurkannya bersama isteri kepada warga asing.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bapa rogol, lacurkan anak bersama 5 warga asing direman

Polis siasat bapa rogol dan lacurkan anak berusia 13 tahun

1 Komen

  1. Patut sgt krjaan dan setuju sgt phk krjaan guna akta atipsom, jahanam punya manusia, ko dtg mlysia nk rogol org je kerja..syaitan mcn tu pjara sumur hidup dan haram kn syaitan ni msuk mlysia lg…klu ko nk rogol, rogol pelacur ngra ko tu…

Comments are closed.